Monday 29 October 2012

DARI PUNCAK KE ANGKASA

Puncak Niaga menang anugerah di Oxford,London.  Anugerah Socrates pulak tu...bukan calang-calang orang boleh dapat anugerah bertaraf dunia ni. Anak Felda bernama Rozali Ismail yang dapat anugerah ini sebab dia seorang yang memandang jauh ke hadapan dan berwawasan, dan secara tidak langsung menempatkan Puncak Niaga di persada dunia. Hebat dan tahniah!

Bukan sedikit anugerah yang diperolehi, kira-kira saya penuh almari jugaklah..tambahan pula Puncak Niaga ada projek air bertaraf mega di China dan India.  Kehebatan yang tidak dapat disangkal.  Patutnya Kerajaan Negeri duduk semeja dengan Tan Sri dan bertanya bagaimana hendak mengurus air di Selangor. 

Thursday 18 October 2012

MEMBRANE KE NO BRAIN?

Teknologi dari Kanada lebih murah dari bina Langat 2.  Itulah antara petikan akhbar baru-baru ini bila MB Selangor buat kenyataan bahawa ada rawatan alternatif yang lebih murah daripada pembinaan Loji Langat 2.

Sebagai bekas pegawai daripada syarikat GLC yang telah bersara saya suka menganalisa sesuatu perkara dari pelbagai aspek.

Kenyataan MB Selangor ada menyebut pelaburan sebanyak RM800 juta untuk penghasilan air sebanyak 1 juta liter sehari atau dalam terminologi pengeluaran air 1 Juta Liter Hari (JLH).  Manakala, kos pelaburan untuk Loji Langat 2 pula adalah RM3 bilion untuk pengeluaran 1,300 juta liter sehari atau 1.3 bilion liter sehari.  Tan Sri Khalid faham tak beza juta dan billion?

Untuk teknologi membrane ini menyaingi produksi pengeluaran air sehari Langat 2 maka pelaburannya tentulah lebih daripada RM800 juta yang diperlukan. Jadi apa yang murah sangat tu?

Projek Langat 2 akan dibiayai Kerajaan Persekutuan dan bukan Kerajaan Negeri dan Selangor akan mendapat infrastruktur yang bertaraf mega tanpa suntikan sebarang modal dari Kerajaan Negeri dan kos untuk projek membrane ini akan ternyata akan menelan belanja yang sememangnya lebih daripada RM3 billion untuk mendapat impak pengeluaran yang sama dengan Langat 2.  Siapa yang akan biaya?

Selain itu, rakyat dan saya sendiri ingin tahu berapa banyak syarikat pengeluar air yang telah MB Selangor panggil untuk berbincang? Setahu umum tidak ada satu pun dan asyik berleter saja itu dan ini, implementasinya tiada. Satu lagi fakta, kenapa fikiran masih dijajah walhal negara sudah merdeka? Masih terlalu mengharapkan kepakaran luar negara sedangkan kepakaran dalam negara begitu banyak dan jauh lebih murah.

Apakah kegagalan Negeri Kelantan yang menswastakan industri air kepada Syarikat Britain Thames Water Pte Ltd tidak akan menjadi satu pengajaran kepada Negeri Selangor? Terlalu percayakan kepakaran luar, tapi natijahnya rakyat yang menderita.

Apapun teknologi yang dirancang untuk digunapakai dalam memproses air mentah satu fakta yang Kerajaan Negeri harus fikirkan.  Adakah Selangor cukup kapasiti air mentah? Sedangkan sekarang ini paras-paras empangan telah mencapai tahap kritikal dan amat menggusarkan. 




Jika teknologi membrane satu teknologi yang praktikal dan kos efektif maka sudah tentu Kerajaan terdahulu sudah mengimplementasikannya.  Kerajaan Negeri harus berfikir secara logik kenapa air mentah harus disalurkan dari Pahang dan bukannya hanya berharap air mentah dari Selangor sahaja.  Lihat sendiri dari segi jumlah dan kualiti air mentah itu sendiri adakah kuantitinya cukup dan kualitinya sama?  Berapa banyak sungai di Selangor yang diisytiharkan tercemar dan mati jika dibandingkan dengan sungai-sungai di Negeri Pahang.

Empangan susut teruk pun Kerajaan Negeri tidak berdaya buat apa-apa, pulak nak berbelanja besar dan memproses air. Air mentah yang nak diproses pun tak ada nanti.  

AIR MAKIN SURUT

Empangan semakin hari semakin kering.   Rakyat pun semakin hari semakin gelisah, tak menentu jadinya.  Para petani pula, makin gusar jadinya.  Macam mana nak tanam padi kalau tiada air.  Jika paras air terutamanya di Sungai Sireh semakin surut, apa akan jadi kepada nasib golongan pesawah dan petani kecil?  Setakat ini saja paras penyusutan telah lebih daripada 50%.  Rata-ratanya para petani ini adalah kaum Bumiputra yang menggantungkan nasib mereka kepada sumber daripada tanaman padi.  Jika ada pun usaha sampingan, ia hanyalah secara kecil-kecilan dan tidak berupaya untuk menampung perbelanjaan seharian.  Jika tanaman padi terjejas, ke manakah hala tuju nasib mereka ini?

Kerajaan Negeri tak ambil peduli.  Asyik sibuk bagi kenyataan “tak perlu cemas”, tapi jika Tan Sri Khalid sendiri yang menjadi salah seorang dari 30,000 orang petani dan penduduk terbabit adakah kenyataan itu cukup untuk meredakan gejolak yang bersarang di dalam jiwa? Kenapa Tan Sri Khalid sendiri tidak turun padang dan melihat sendiri keadaan?  Semasa hendak buktikan krisis air takkan berlaku sebab empangan penuh boleh pula turun padang.  Sekarang bagaimana?

Akhirnya, bayang Kerajaan Negeri pun tak nampak, yang tampil untuk menghulurkan bantuan adalah Kerajaan Persekutuan juga.  Baru-baru ini Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar telah mengumumkan Kerajaan Persekutuan telah meluluskan bantuan pam kepada para petani di kawasan yang mengalami kesan kemarau yang berpanjangan.   Sungai Sireh membekalkan air mentah ke kawasan Tanjung Karang, Sekinchan dan Sungai Besar, dimana ketiga-tiga kawasan ini adalah kawasan penanaman padi utama untuk bekalan beras di negeri Selangor.  Apa yang diperkatakan di sini bukan saja nasib para petani, malah jumlah bekalan makanan juga akan mengalami kemerosotan.  Jadi tidak nampak bagaimana perkataan “tak perlu cemas” itu ada apa-apa kesan sekarang.

Apa sebab lagi Kerajaan Negeri nak guna untuk berdalih sedangkan pilihan yang terbaik ada tersedia.  Projek Langat 2 bukan sahaja menyelamatkan keadaan, Kerajaan Negeri Selangor akan turut mendapat impak positif.  Rakyat akan melihat bahawa Kerajaan seperti inilah yang dapat memimpin negeri dengan baik dan akan terus menyokong pimpinan negeri.  Tapi disebabkan faktor-faktor fahaman politik yang berbeza dan mungkin juga ego, Projek Langat 2 ini ditentang habis-habisan, tanpa ada satu alasan konkrit mahupun pelan jangka panjang lain yang lebih baik daripada Projek Langat 2 ini.  Jika ada pilihan lain, yang lebih kos efektif dan berkesan, kenapa Kerajaan Negeri tidak mengemukakannya kepada Kerajaan Persekutuan?  Adakah dengan mengambil-alih syarikat konsesi serta-merta keadaan akan terus pulih dan kadar air terawat akan meningkat dengan sendirinya?

Di dalam menangani isu air semasa pula Kerajaan Negeri selalu menjawab akan mengadakan perbincangan, akan mengkaji, akan itu dan akan ini tapi habuk pun takde.  Kalau ada tindakan baru boleh mengaku yang Kerajaan itu “proaktif”.   Proaktif bukan hanya perkataan, ianya perbuatan.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier Jayakumar telah berkata “Masalah pengurangan air mentah ini berpunca dari pengurusan air di empangan bukannya sungai bermasalah kerana air sungai masih ada”.  Satu kenyataan yang lucu daripada seorang Exco, sedangkan saban hari kita terbaca di dada-dada akhbar tentang kadar penyusutan air bukan sahaja di empangan, malah di sungai-sungai juga. Apakah beliau benar-benar faham situasi dan juga kaitan di antara empangan, sungai dan loji?  Fikir-fikirkanlah, nasib rakyat Selangor bakal diperjudikan oleh pimpinan yang tidak faham langsung tentang pengurusan air.



Tuesday 9 October 2012

KERAJAAN SELANGOR ADA 75-90 HARI LAGI

Empangan dah makin kering.  MB Selangor kata jangan cemas, masih ada 75-90 hari lagi sebelum empangan menyusut sepenuhnya. Nampak gayanya bukan sahaja empangan dan orang-orang yang menanti untuk mendapatkan bekalan air. Kerajaan Negeri yang ada 90 hari untuk buktikan kemampuan atasi masalah kurang air mentah pula. Kalau ini pun tak lepas, jangan harap nak berjaya strukturkan industri air.  Nak ambil alih syarikat konsesi pulak tu..boleh ker?

Wednesday 3 October 2012

SSIC BERHAD-AGENSI SEHENTIAN PELABURAN

Sebagai sebuah negeri perindustrian Selangor telah selama ini aktif di dalam penarikan pelaburan asing dan tempatan.  Selangor juga merupakan salah satu negeri penyumbang Keluaran Negara Kasar (KDNK) yang terbesar di Malaysia.  Di atas faktor itu juga, sebuah agensi sehentian penarikan pelaburan milik Kerajaan Negeri Selangor telah ditubuhkan.  Selangor State Investment Center atau SSIC Berhad telah diamanahkan untuk menggalas tanggungjawab ini.

Jika dilihat dari sudut ekonomi, Selangor bakal berdepan dengan situasti dimana pelabur asing dan tempatan akan hilang kepercayaan kepada pentadbiran negeri kerana tidak dapat menyelesaikan permintaan yang begitu asas seperti air.  Apakah SSIC Berhad yang telah menjanjikan pelabur dengan “servis pelaburan bertahap dunia” ini akan tergagap mengimplementasikan apa yang dijanji akibat kemelut kekurangan air terawat?   Adakah syarikat yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Selangor ini tidak peka kepada situasi semasa dan keengganan Kerajaan Negeri Selangor untuk meneruskan projek yang bakal menjana pelaburan ke negeri Selangor ini?

SSIC Berhad juga telah sebelum ini menganjurkan Seminar “Vibrant Selangor” bertujuan untuk menarik pelabur asing dengan mengemukakan peluang-peluang pelaburan di Selangor di saat-saat krisis air mula melanda.  Kebetulan? Atau memang tidak sensitif?

Sepatutnya SSIC Berhad mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat utiliti untuk melihat apa yang boleh dilaksanakan dan apa yang tidak.  Contohnya permohonan penambahan kapasiti Syarikat Top Glove terpaksa ditolak pembekal air akibat keadaan krisis air yang sedang melanda.  Tak pasal-pasal pelaburan yang mencecah puluhan juta terpaksa diketepikan.  Salah siapa? SSIC Berhad sila tanya Pengerusi syarikat sendiri.

Tuesday 2 October 2012

BAJET NEGARA DAN BAJET PKR 2013

Pembentangan bajet oleh PM baru-baru ini menunjukkan bajet ini telah dikaji dengan baik.  Susunannya terancang dan mencakupi pelbagai aspek dan meliputi banyak industri.  Rakyat jelata juga tidak dilupakan dari golongan muda hinggalah ke warga emas.

Manakala bajet yang dibentangkan PKR adalah seperti diatas..lihat sendiri lah bagaimana bajet ini hanya tertumpu pada golongan tertentu dan memenuhi kepentingan tertentu saja.  Hmm..bajet macam ni kalau DS Anwar bentang kat Parlimen ambil masa 15 minit saja kot!

PRESTASI KERAJAAN NEGERI

PKR satu masa dahulu menjadi pembangkang, melihat pentadbiran Selangor dari luar dan bukan menggalas bebanan memimpin dan mentadbir Negeri.  Memang senang mencari salah itu dan ini.  Sekarang PKR telah memimpin Selangor selama 5 tahun, apakah ianya boleh dikatakan berjaya? Air percuma pun sampai sekarang bukan 100% yang patut menikmatinya telah menerimanya. Jadi Pilihanraya Umum ke 13 ini bakal jadi seperti peperiksaan SPM Kerajaan Negeri Selangor.  Kita tengoklah nanti, mungkin dapat Gred 3