Thursday 30 August 2012

GAJI KETUA SYABAS

Betul ke? Banyak bebenor…!!!

Sudah-sudahlah nak mencari keaiban orang, jangan terlihat keaiban sendiri pulak nanti.  Di saat kemelut krisis air sedang berlaku, ada pula yang mengambil kesempatan menangguk di air keruh.  Yang pasti Syabas, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan sedang rancak mengatasi krisis air ini dengan pelbagai rancangan dan tindakan jangka pendek dan jangka panjang.  Sebagai rakyat, kami amat berterima kasih.  Walaupun projek Langat 2 tersasar dari tarikh yang sebenar implementasinya, tapi biar lambat, jangan tiada langsung.

Dalam pada itu, sempat pula gaji Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail dipersoalkan.  Banyak pulak tu.  Sebagai orang biasa jumlah RM5.1 juta itu ibarat mimpi saja, takkan pernah terlihat apatah lagi dipegang.  Masalahnya, betul ke dakwaan itu? Agak tidak lojik, memandangkan Syabas menghadapi kekangan hebat dari segi kewangan, manalah mungkin mampu untuk membayar gaji dengan begitu lumayan sekali?

Saya juga pernah terbaca didalam keputusan mahkamah kes saman Tony Pua, bahawa Syabas tidak pernah pun membayar sebarang gaji atau remunerasi kepada Tan Sri Rozali.  Itu keputusan mahkamah, memang tidak boleh dipertikaikan lagi.  Apakah orang yang menyebar fitnah ini tidak hormat keputusan mahkamah? 

Selama saya bekerja dahulu, tidak pernah pula saya mendengar orang yang berkedudukan dalam syarikat tidak menerima gaji.  Kerani pun dapat gaji.  Inikan pula Tan Sri Rozali yang memikul tanggungjawab yang begitu tinggi dalam Syabas. Inilah yang dinamakan “pengorbanan” dan komitmen tanpa mengharap ganjaran.  Berapa ramai Pengerusi Eksekutif di syarikat korporat di negara ini sanggup bekerja tanpa gaji? Adakah?  Itulah orang kita, benda yang elok tidak pula dipuji, malah diada-adakan cerita untuk dijadikan bahan kejian.

Nasihat saya, marilah kita tumpukan kepada isu-isu yang lebih berisi.  Janganlah industri air ini dilanda gossip seperti dunia hiburan pula, buruk padahnya nanti.  Seharusnya sebagai rakyat kita prihatin kepada industri air dan perkembangan semasa industri ini, bukannya mencari glamor dan bahan sensasi murahan untuk diketengahkan. 

1 comment: