Thursday 18 October 2012

AIR MAKIN SURUT

Empangan semakin hari semakin kering.   Rakyat pun semakin hari semakin gelisah, tak menentu jadinya.  Para petani pula, makin gusar jadinya.  Macam mana nak tanam padi kalau tiada air.  Jika paras air terutamanya di Sungai Sireh semakin surut, apa akan jadi kepada nasib golongan pesawah dan petani kecil?  Setakat ini saja paras penyusutan telah lebih daripada 50%.  Rata-ratanya para petani ini adalah kaum Bumiputra yang menggantungkan nasib mereka kepada sumber daripada tanaman padi.  Jika ada pun usaha sampingan, ia hanyalah secara kecil-kecilan dan tidak berupaya untuk menampung perbelanjaan seharian.  Jika tanaman padi terjejas, ke manakah hala tuju nasib mereka ini?

Kerajaan Negeri tak ambil peduli.  Asyik sibuk bagi kenyataan “tak perlu cemas”, tapi jika Tan Sri Khalid sendiri yang menjadi salah seorang dari 30,000 orang petani dan penduduk terbabit adakah kenyataan itu cukup untuk meredakan gejolak yang bersarang di dalam jiwa? Kenapa Tan Sri Khalid sendiri tidak turun padang dan melihat sendiri keadaan?  Semasa hendak buktikan krisis air takkan berlaku sebab empangan penuh boleh pula turun padang.  Sekarang bagaimana?

Akhirnya, bayang Kerajaan Negeri pun tak nampak, yang tampil untuk menghulurkan bantuan adalah Kerajaan Persekutuan juga.  Baru-baru ini Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar telah mengumumkan Kerajaan Persekutuan telah meluluskan bantuan pam kepada para petani di kawasan yang mengalami kesan kemarau yang berpanjangan.   Sungai Sireh membekalkan air mentah ke kawasan Tanjung Karang, Sekinchan dan Sungai Besar, dimana ketiga-tiga kawasan ini adalah kawasan penanaman padi utama untuk bekalan beras di negeri Selangor.  Apa yang diperkatakan di sini bukan saja nasib para petani, malah jumlah bekalan makanan juga akan mengalami kemerosotan.  Jadi tidak nampak bagaimana perkataan “tak perlu cemas” itu ada apa-apa kesan sekarang.

Apa sebab lagi Kerajaan Negeri nak guna untuk berdalih sedangkan pilihan yang terbaik ada tersedia.  Projek Langat 2 bukan sahaja menyelamatkan keadaan, Kerajaan Negeri Selangor akan turut mendapat impak positif.  Rakyat akan melihat bahawa Kerajaan seperti inilah yang dapat memimpin negeri dengan baik dan akan terus menyokong pimpinan negeri.  Tapi disebabkan faktor-faktor fahaman politik yang berbeza dan mungkin juga ego, Projek Langat 2 ini ditentang habis-habisan, tanpa ada satu alasan konkrit mahupun pelan jangka panjang lain yang lebih baik daripada Projek Langat 2 ini.  Jika ada pilihan lain, yang lebih kos efektif dan berkesan, kenapa Kerajaan Negeri tidak mengemukakannya kepada Kerajaan Persekutuan?  Adakah dengan mengambil-alih syarikat konsesi serta-merta keadaan akan terus pulih dan kadar air terawat akan meningkat dengan sendirinya?

Di dalam menangani isu air semasa pula Kerajaan Negeri selalu menjawab akan mengadakan perbincangan, akan mengkaji, akan itu dan akan ini tapi habuk pun takde.  Kalau ada tindakan baru boleh mengaku yang Kerajaan itu “proaktif”.   Proaktif bukan hanya perkataan, ianya perbuatan.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier Jayakumar telah berkata “Masalah pengurangan air mentah ini berpunca dari pengurusan air di empangan bukannya sungai bermasalah kerana air sungai masih ada”.  Satu kenyataan yang lucu daripada seorang Exco, sedangkan saban hari kita terbaca di dada-dada akhbar tentang kadar penyusutan air bukan sahaja di empangan, malah di sungai-sungai juga. Apakah beliau benar-benar faham situasi dan juga kaitan di antara empangan, sungai dan loji?  Fikir-fikirkanlah, nasib rakyat Selangor bakal diperjudikan oleh pimpinan yang tidak faham langsung tentang pengurusan air.



No comments:

Post a Comment