Thursday 18 October 2012

MEMBRANE KE NO BRAIN?

Teknologi dari Kanada lebih murah dari bina Langat 2.  Itulah antara petikan akhbar baru-baru ini bila MB Selangor buat kenyataan bahawa ada rawatan alternatif yang lebih murah daripada pembinaan Loji Langat 2.

Sebagai bekas pegawai daripada syarikat GLC yang telah bersara saya suka menganalisa sesuatu perkara dari pelbagai aspek.

Kenyataan MB Selangor ada menyebut pelaburan sebanyak RM800 juta untuk penghasilan air sebanyak 1 juta liter sehari atau dalam terminologi pengeluaran air 1 Juta Liter Hari (JLH).  Manakala, kos pelaburan untuk Loji Langat 2 pula adalah RM3 bilion untuk pengeluaran 1,300 juta liter sehari atau 1.3 bilion liter sehari.  Tan Sri Khalid faham tak beza juta dan billion?

Untuk teknologi membrane ini menyaingi produksi pengeluaran air sehari Langat 2 maka pelaburannya tentulah lebih daripada RM800 juta yang diperlukan. Jadi apa yang murah sangat tu?

Projek Langat 2 akan dibiayai Kerajaan Persekutuan dan bukan Kerajaan Negeri dan Selangor akan mendapat infrastruktur yang bertaraf mega tanpa suntikan sebarang modal dari Kerajaan Negeri dan kos untuk projek membrane ini akan ternyata akan menelan belanja yang sememangnya lebih daripada RM3 billion untuk mendapat impak pengeluaran yang sama dengan Langat 2.  Siapa yang akan biaya?

Selain itu, rakyat dan saya sendiri ingin tahu berapa banyak syarikat pengeluar air yang telah MB Selangor panggil untuk berbincang? Setahu umum tidak ada satu pun dan asyik berleter saja itu dan ini, implementasinya tiada. Satu lagi fakta, kenapa fikiran masih dijajah walhal negara sudah merdeka? Masih terlalu mengharapkan kepakaran luar negara sedangkan kepakaran dalam negara begitu banyak dan jauh lebih murah.

Apakah kegagalan Negeri Kelantan yang menswastakan industri air kepada Syarikat Britain Thames Water Pte Ltd tidak akan menjadi satu pengajaran kepada Negeri Selangor? Terlalu percayakan kepakaran luar, tapi natijahnya rakyat yang menderita.

Apapun teknologi yang dirancang untuk digunapakai dalam memproses air mentah satu fakta yang Kerajaan Negeri harus fikirkan.  Adakah Selangor cukup kapasiti air mentah? Sedangkan sekarang ini paras-paras empangan telah mencapai tahap kritikal dan amat menggusarkan. 




Jika teknologi membrane satu teknologi yang praktikal dan kos efektif maka sudah tentu Kerajaan terdahulu sudah mengimplementasikannya.  Kerajaan Negeri harus berfikir secara logik kenapa air mentah harus disalurkan dari Pahang dan bukannya hanya berharap air mentah dari Selangor sahaja.  Lihat sendiri dari segi jumlah dan kualiti air mentah itu sendiri adakah kuantitinya cukup dan kualitinya sama?  Berapa banyak sungai di Selangor yang diisytiharkan tercemar dan mati jika dibandingkan dengan sungai-sungai di Negeri Pahang.

Empangan susut teruk pun Kerajaan Negeri tidak berdaya buat apa-apa, pulak nak berbelanja besar dan memproses air. Air mentah yang nak diproses pun tak ada nanti.  

No comments:

Post a Comment