Wednesday 3 October 2012

SSIC BERHAD-AGENSI SEHENTIAN PELABURAN

Sebagai sebuah negeri perindustrian Selangor telah selama ini aktif di dalam penarikan pelaburan asing dan tempatan.  Selangor juga merupakan salah satu negeri penyumbang Keluaran Negara Kasar (KDNK) yang terbesar di Malaysia.  Di atas faktor itu juga, sebuah agensi sehentian penarikan pelaburan milik Kerajaan Negeri Selangor telah ditubuhkan.  Selangor State Investment Center atau SSIC Berhad telah diamanahkan untuk menggalas tanggungjawab ini.

Jika dilihat dari sudut ekonomi, Selangor bakal berdepan dengan situasti dimana pelabur asing dan tempatan akan hilang kepercayaan kepada pentadbiran negeri kerana tidak dapat menyelesaikan permintaan yang begitu asas seperti air.  Apakah SSIC Berhad yang telah menjanjikan pelabur dengan “servis pelaburan bertahap dunia” ini akan tergagap mengimplementasikan apa yang dijanji akibat kemelut kekurangan air terawat?   Adakah syarikat yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Selangor ini tidak peka kepada situasi semasa dan keengganan Kerajaan Negeri Selangor untuk meneruskan projek yang bakal menjana pelaburan ke negeri Selangor ini?

SSIC Berhad juga telah sebelum ini menganjurkan Seminar “Vibrant Selangor” bertujuan untuk menarik pelabur asing dengan mengemukakan peluang-peluang pelaburan di Selangor di saat-saat krisis air mula melanda.  Kebetulan? Atau memang tidak sensitif?

Sepatutnya SSIC Berhad mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat utiliti untuk melihat apa yang boleh dilaksanakan dan apa yang tidak.  Contohnya permohonan penambahan kapasiti Syarikat Top Glove terpaksa ditolak pembekal air akibat keadaan krisis air yang sedang melanda.  Tak pasal-pasal pelaburan yang mencecah puluhan juta terpaksa diketepikan.  Salah siapa? SSIC Berhad sila tanya Pengerusi syarikat sendiri.

No comments:

Post a Comment