Wednesday, 3 October 2012

SSIC BERHAD-AGENSI SEHENTIAN PELABURAN

Sebagai sebuah negeri perindustrian Selangor telah selama ini aktif di dalam penarikan pelaburan asing dan tempatan.  Selangor juga merupakan salah satu negeri penyumbang Keluaran Negara Kasar (KDNK) yang terbesar di Malaysia.  Di atas faktor itu juga, sebuah agensi sehentian penarikan pelaburan milik Kerajaan Negeri Selangor telah ditubuhkan.  Selangor State Investment Center atau SSIC Berhad telah diamanahkan untuk menggalas tanggungjawab ini.

Jika dilihat dari sudut ekonomi, Selangor bakal berdepan dengan situasti dimana pelabur asing dan tempatan akan hilang kepercayaan kepada pentadbiran negeri kerana tidak dapat menyelesaikan permintaan yang begitu asas seperti air.  Apakah SSIC Berhad yang telah menjanjikan pelabur dengan “servis pelaburan bertahap dunia” ini akan tergagap mengimplementasikan apa yang dijanji akibat kemelut kekurangan air terawat?   Adakah syarikat yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Selangor ini tidak peka kepada situasi semasa dan keengganan Kerajaan Negeri Selangor untuk meneruskan projek yang bakal menjana pelaburan ke negeri Selangor ini?

SSIC Berhad juga telah sebelum ini menganjurkan Seminar “Vibrant Selangor” bertujuan untuk menarik pelabur asing dengan mengemukakan peluang-peluang pelaburan di Selangor di saat-saat krisis air mula melanda.  Kebetulan? Atau memang tidak sensitif?

Sepatutnya SSIC Berhad mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat utiliti untuk melihat apa yang boleh dilaksanakan dan apa yang tidak.  Contohnya permohonan penambahan kapasiti Syarikat Top Glove terpaksa ditolak pembekal air akibat keadaan krisis air yang sedang melanda.  Tak pasal-pasal pelaburan yang mencecah puluhan juta terpaksa diketepikan.  Salah siapa? SSIC Berhad sila tanya Pengerusi syarikat sendiri.

Tuesday, 2 October 2012

BAJET NEGARA DAN BAJET PKR 2013

Pembentangan bajet oleh PM baru-baru ini menunjukkan bajet ini telah dikaji dengan baik.  Susunannya terancang dan mencakupi pelbagai aspek dan meliputi banyak industri.  Rakyat jelata juga tidak dilupakan dari golongan muda hinggalah ke warga emas.

Manakala bajet yang dibentangkan PKR adalah seperti diatas..lihat sendiri lah bagaimana bajet ini hanya tertumpu pada golongan tertentu dan memenuhi kepentingan tertentu saja.  Hmm..bajet macam ni kalau DS Anwar bentang kat Parlimen ambil masa 15 minit saja kot!

PRESTASI KERAJAAN NEGERI

PKR satu masa dahulu menjadi pembangkang, melihat pentadbiran Selangor dari luar dan bukan menggalas bebanan memimpin dan mentadbir Negeri.  Memang senang mencari salah itu dan ini.  Sekarang PKR telah memimpin Selangor selama 5 tahun, apakah ianya boleh dikatakan berjaya? Air percuma pun sampai sekarang bukan 100% yang patut menikmatinya telah menerimanya. Jadi Pilihanraya Umum ke 13 ini bakal jadi seperti peperiksaan SPM Kerajaan Negeri Selangor.  Kita tengoklah nanti, mungkin dapat Gred 3

KHALID LIDAH BERCABANG

Orang yang tersepit akan buat apa saja untuk lepaskan diri.  Macam itu jugaklah MB Selangor, cakap berbelit-belit.  Agaknya dah lama sangat menipu, dah bercabang lidah.  Lantangnya beliau berkata “manifesto bukan perjanjian”.  Lepas ni ramai-ramai pekakkan telinga ya kalau PKR buat manifesto sebab mereka tidak akan kotakannya sebab ianya bukan “janji”. 


TENDER PROJEK LANGAT 2

Tender untuk projek Loji Langat 2 telah dikeluarkan oleh PAAB .  Itu usaha Kerajaan Persekutuan untuk mempercepatkan projek yang telah lama tertangguh.  Kerajaan Negeri Selangor pula sebaliknya memberi amaran untuk menyekat pelaksanaan projek ini kerana persetujuan mereka tidak diperolehi terlebih dahulu, malah telah memberikan kata-kata amaran kepada pembida-pembida tender projek itu bahawa pihak pembida bakal berdepan dengan Kerajaan Negeri Selangor.

Wajarkah sesebuah Kerajaan di negeri yang paling pesat membangun dan ternyata sangat-sangat memerlukan penambahan kuantiti air terawat bersikap sedemikian?  Selangor adalah sebuah negeri perindustrian yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan menjadi tumpuan para penduduk untuk tinggal memandangkan peluang pekerjaan yang wujud melalui perindustrian ini. 

Walau apapun pendirian politik kerajaan yang memerintah, isu pembekalan air  bersih terawat adalah isu sejagat yang diperjuangkan di seluruh dunia.  Sepatutnya di dalam sebuah negeri yang moden dan pesat membangun ianya tidak menjadi satu isu yang perlu dicampur-gaul dengan pendirian politik.  Adakah perlu rakyat Selangor mati kehausan, terbantut pembangunan, dan merudum ekonomi semata-mata untuk menang dalam perjuangan politik parti yang memerintah? 

KELIRU ATAU BETUL TAK TAHU?


Dr. Xavier buat kenyataan dalam suratkhabar hari ini bahawa Kerajaan Negeri tetap menolak projek pembinaan Langat 2 selagi Kerajaan Persekutuan tolak permintaan Kerajaan Negeri untuk ambil-alih Syabas.  Berbaur ugutan tu.  Tapi herannya apa kaitan ambil-alih syarikat konsesi dengan menyelamatkan rakyat jelata dari krisis air? Projek Langat 2 adalah untuk menambah bekalan air terawat, jika bekalan air terawat pun tak cukup apakah dengan ambil alih syarikat yang menyalurkan air terawat ini akan jadi satu penyelesaian muktamad kepada Kerajaan Selangor? 

Tuesday, 4 September 2012

KRISIS AIR


Betul ke tak ada krisis air? Habis kenapa semenjak dua menjak ni banyak saja lori tangki Syabas ke sana ke mari untuk bekalkan air?   
Krisis air dah bermula, fikirkanlah jika projek Langat 2 dah siap dibina mengikut perancangan kan dah selamat semua orang.  Sekarang ni yang menderita orang ramai.  Orang-orang tua dan kurang upaya, kanak-kanak yang lemah turut terasa keperitan ini.  Tambah-tambah lagi yang tinggal di flat yang tinggi, nak mengangkut air dengan baldi bukan kerja senang.